Thursday 8 September 2011

Pertama

Assalamaualaikum wbt

Ini adalah entri saya yang pertama untuk diary GL(Green Lady), alhamdulillah dapat juga daftarkan url blog ini. Tujuan GL wujudkan blog ini adalah sekadar catatan harian GL. Catatan tentang apa yang GL bat seharian, apa yang berlaku dalam hidup GL sepanjang hari, atau mungkin sepanjang minggu ( ini kalau GL update seminggu terus). GL sebenarnya suka menulis diari macam dekat dalam buku yang orang selalu buat tetapi rasa tidak selamat, ingat lagi GL masa GL darjah 2 dulu ada satu buku warna-warna yang berbentul hati GL buat buku tu jadi diari GL. 

Bila kena marah di sekolah atau di rumah dengan ummi dan abi GL, GL akan luahkan dalam diari tu, GL dapat hadiah ke, di sekolah bergaduh dengan kawan-kawan ke semua GL akan tulis berjela-jela dalam diari tu, tapi satu hari diari GL itu dibaca oleh adik perempuan GL... malu sangat-sangat GL masa tu, dan GL buang terus diari tu dan GL memang tiada diari, jadi apa-apa sahaja yang terjadi dalam hidup GL hanya GL rekodkan dalam memori la... Tapi kewujudan blog ini adalah untuk GL luahkan dalam bentuk penulisan pulak. Enjoy tau baca kisah hidup GL ya.